free glitter text and family website at FamilyLobby.com

Sejarah SMK Sultan Yahya Petra 1

Kuala Krai, Kelantan, Malaysia
Sejarah SMKSYP1 SMK Sultan Yahya Petra 1 terletak di sebuah kawasan seluas 13 ekar 800 depa di atas lot 639, mukim Mengkebang, Jalan Camp, Kuala Krai, Kelantan.Jaraknya lebih kurang 1.5 km dari bandar Kuala Krai.Sekolah ini bermula sebagai Government English School (Secondary) Kuala Krai dengan 40 murid tingkatan 1 dan seramai 35 orang murid tingkatan Peralihan pada tahun 1957. Pada peringkat awalnya , sekolah ini menumpang di Government English School (Primary) di Jalan Kemahkotaan, Kuala Krai. Ia juga ditadbir bersama dengan sekolah tersebut . Pada tahun 1958 ,namanya ditukar kepada Yahya Petra School. Setahun kemudian, bahagian menengahnya berpindah ke tapak yang ada sekarang dengan nama Yahya Petra Secondary School.Pada tahun 1964 pula, namanya telah ditukar kepada Sekolah Menengah Sultan Yahya Petra dan pada tahun 1998 dikenali sebagai Sekolah Menengah Sultan Yahya Petra 1.Kini sekolah ini telah banyak membuat kejayaan gemilang dan telah diiktiraf sebagai salah sebuah sekolah PREMIER.

VISI DAN MISI SEKOLAH

VISI~ sebagai sekolah kluster bercirikan sekolah premier yang berprestij menjelang 2015.
MISI~ 1.mewujudkan persekitaran sekolah yang kondusif, ceria, bersih, selamat, dan berprasarana lengkap untuk warga sekolah berasaskan pengurusan sekolah yang selamat. ~ 2. memastikan sekolah ini sebagai peneraju kecemerlangan kurikulum. ~3. melahirkan pelajar yang berkeperibadian mulia dan berdisiplin berpaksikan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. ~4. membina sekolah yang berwatak melalui kecemerlangan kokurikulum hingga ke peringkat antarabangsa.

Saturday, April 4, 2009

Sambutan Maulidur Rasul

Pada 26 Mac 2009(Khamis), SMK Sultan Yahya Petra telah mengadakan sambutan maulidur rasul peringkat sekolah.

Bil.Pelawat